Tips belajar cara aku

*Image credit to Weheartit*

Assalamualaikum pembuka bicara . Hahahaha ada gaya macam team boria dak? *Say yes say yes* Bukan apa , aku memang joined team boria masa zaman sekolah rendah . Walaupun tak dapat first place at least dapat wakil sekolah dan daerah . At that time , serious aku enjoy sangat menari and menyanyi . Masa tu baru aku tahu selain daripada membaca , aku jugak suka menari dan menyanyi . Sekarang....emmmm... memandangkan berat makin bertambah susah laa nak menari . LOL . *Gelak laa gelak laa*

Back to the main topic , aku nie bukanlah pelajar cemerlang UPSR , PMR , SPM dan Matrikulasi . Sekadar kutip empat lima A tu boleh laa gagah . Sini aku nak reveal yang aku tak pernah dapat result STRAIGHT A . Serious aku tak tipu . Sebab Dini *Adik bongsu aku* cakap " Ustazah cakap tipu dose... Haaaaa* . UPSR aku dapat 2A , PMR 4A , SPM 5A . Matrikulasi masih ternanti-nanti . Apapun aku harap result matrik aku 3.0 keatas . Tak dapat 4flat pun takpa at least aku lulus sebab aku tahu IQ aku tahap mana . IQ aku takde laa tinggi sangat . Tapi boleh laa setakat nak hidup sara dia *Ayat sedih*. Okey aku sambung , memang masa ambik result je muka aku laa paling masam kalah buah mempelam yang masam semasamnya . Down gila *tutttt* kot masa tuu . Aku malu . Aku rasa macam aku tak berguna . Macam malas nak hidup . Nauzubillahminzalik . Tapi aku masih berfikiran waras lagi sebab tu aku still bernafas sampai sekarang . Alhamdulillah ya Allah . Trial SPM aku hanya 2A . Lepas kena bebel dengan mummy and ayah , kena brainwash dengan aunty-aunty aku , aku tanamkan niat nak improve aku punya result . Antaranya yang aku buat laa :



1. Solat jangan tinggal dan berdoa

Semua orang tahu solat itu tiang agama . Macam mana kau nak bina rumah kalau takde tiang . Kau ingat bumbung tu boleh terapung-apung di awangan ? In your dream lah ! Aku tak nafikan dulu aku malas solat . Selalu solat pun dekat nak habis waktu . From my research and info what i got about solat is DOA KITA SENANG DIMAKBULKAN . Memang lah tak lah kalau nak on the spot . Its take some time . Kau kena sabar dan terus berusaha sampai kau berjaya . Lambat laun kau sendiri akan rasa perubahannya . For example , kalau dulu dalam kelas sejarah kau asyik tumbang macam pokok buluh yang Panda dok panjat tu , tetiba one day nie dalam kelas sejarah kau tak mengantuk . Tak mustahil berikutnya kau akan hilang bosan dengan subjek yang aku sendiri tak nafikan mengantuk namati . Apapun sejarah itu penting okey . PENTING !!!!



2Jangan ponteng kelas / kuliah & fokus apa yang dipelajari

Ini second penting . Aku tak nafikan masa aku form 5 dulu aku boleh dikatakan nakal namati . Hahahaha . Once a week mesti ada 1-2 hari yang aku tak datang sekolah . Antara alasannya , migrain laa bangun lewat laa takde org hantarkan laa blablabla . Sampai masa aku rasa cikgu disiplin aku tuu dah cemuih tengok muka yang sama . LOL . Okey itu semua cerita dulu . Sekarang aku nak korang jangan pernah skip sekolah dan kelas . Sebab masa aku kat matrikulasi , kami dah dilatih untuk berdikari . Kau takdatang kuliah kau akan tertinggal . Bila kau tertinggal kau malas nak tanya lecturer . Bila kau malas tanya , tutorial/presentation/quiz/exam result kau down . PB mark kau jatuh , semua benda hancur lebur . KAU TAHU?! So please please kamu jangan nakal ~ Datanglah ke sekolah walaupun hari hujan~ LOL

3. Siapkan kerja sekolah/assignment
Haaa yang nie yang ketiga penting . Kalau kau tak buat yang nombor 2 maka kau tak dapat siapkan yang nombor 3 . So kalau kau tertinggal step nombor dua maka the rest akan TUNGGANG LANGGANG !!! Kalau kau tak siapkan macam mana cikgu dan lecturer kau nak semak and kesan kau punya masalah? Aku takut nanti kau menipu macam aku jugak . Asal cikgu dan lecturer tanya mesti cakap takde masalah . Padahal masalah kalah Gunung Everest . Lepas tu on study week gelabah nak tanya sapa . So try siapkan . Kalau tak dapat settlekan , tanya kawan atau rujuk buku . Kalau tak jugak tinggal kosong esok pegi kelas kau tanya cikgu atau lecturer kau . Dia lagi suka kalau kita gi tanya dia . Kat situ kita dah dapat eratkan silaturahim . Sebelum blah tu cuba laa request "Cikgu doakan saya bagi saya master dalam subjek nie . Hehehehe" . Aku sure laa mesti dia akan cakap "In Shaa Allah cikgu sentiasa doakan kejayaan kamu semua" Kembang kempis hidung kau siap hati berbunga riang lagi . 

4. Study/Revision
Okey yang nie kau boleh buat masa kau lapang . Macam aku dulu , aku hanya buat revision topic yang aku takfaham on week day . Selalu weekend aku akan siapkan kerja sekolah atau assignment yang terbaru diberikan atau yang tertunggak untuk diperbetulkan . Cara aku revision adalah dengan siapkan assignment . Masa tulis tu aku cuba nak fahamkan apa yang aku tulis . Aku pikir kejap pastu aku jot down kat sticky note contoh ayat aku tulis kat sticky note "Okey igt KF -> HP kena tambah blablabla" Pastu lekat kat dinding depan kau . Kalau kau rajin buat laa mind map sikit . Kalau aku dulu aku xsuka buat mindmap sejak azali lagi . Aku akan buat short note . Aku akan salin atas kertas pastu duk atas katil sambil baring-baring cuba hafal dengan cara tersendiri . Contoh tulis guna jari , cakap dengan diri sendiri ke dan ikut suka korang . Korang kreatif korang mesti tahu apa yang membuatkan korang senang ingat . Okey?

5. Kelas tambahan
Okey masa SPM dulu aku register pusat tuisyen luar sekolah . Tak cukup dengan sekolah mummy daftar kat luar . Nak taknak aku kena pegi jugak . Aku tak cakap kau wajib pegi tuisyen luar . Kalau dah IQ kau mengalahkan Albert Einstein kau tak study pun boleh dapat straight A . Ingat , itu semua anugerah Allah . Bagi yang slow sikit macam aku nie kena ada usaha lebih sebab bila takde usaha maka takde kejayaan . Sini aku nak reveal lagi yang aku dulu tak suka Science . Sebab aku rasa benda nie merumitkan . So mindset aku Science mesti susah . Once aku pegi tuisyen , cikgu tu beri pendedahan kalau soalan pattern mcm nie kat mana boleh dapat jawapan . Kalau soalan macam nie macam mana kau nak jawap ringkas tapi bermutu . That day mindset aku terhadap subjek science tu dah bertukar . Ianya subjek yang menyeronokkan . Dan kita sebagai manusia harus tahu benda tu . Macam dapat hidayah yang science tu senang namati. Selalunya pusat tuisyen tak mengajar tetapi mengajar apa yang student tak dapat masa hari persekolahan . Maksud aku kat sini , pusat tuisyen lebih mengutamakan student untuk buat revision . Tapi kau boleh tanya apa yang kau tak faham dari sekolah kau kemukakan dalam kelas . Tauk jauh-jauh rasa malu . Kita nak berjaya kena buang malu tuu jauh-jauh . And alhamdulillah I got A+ untuk subjek science .



Okey , aku rasa aku perlu stop sekarang . Sebab aku rasa nanti aku akan bebel lebih banyak daripada input yang aku nak bagitahu . Apapun lepas dah buat semua tu , kita kena tawakal kepada Allah SWT . Tanpa dia siapalah kita . Tanpa kebenarannya satu habuk pun kita takdapat . Okeylah , kalau aku ada idea atau info , aku akan kongsikan . Apapun kalau nak tanya apa apa leave your message kat chatbox . In Shaa Allah aku akan cuba reply secepat yang mungkin.


#P:s You guys can find me on twitter : @nisaalexander and instagram : @nisaalexanderlee


Comments

Popular posts from this blog

Al Fatihah buat Arwah Tok Wan

Big Galley's Cafe Review

Alhamdulillah !