Alhamdulillah ! I Will Be Graduating at The End of This Months !

photography, tumblr, and تخرج image
*credit to the owner*





First of all, aku bersyukur kepadamu ya Allah sebab tunaikan hasrat aku nak GOT (graduate on time). Seriously aku tak sangka yang aku akan bergraduat tahun ni. It has been 3 years since I entered UNIMAS for my Bachelor Degree. Lama aku tak update post dekat sini. You can read my past post about my life being a Bachelor Students. Walaupun tak silap aku, masa aku update untuk post tu, aku masih lagi dalam tahun 1. Hahahaha . And now I AM OFFICIALLY GRADUATE.

Betul lah kata pepatah, bukan senang nak senang. Banyak cabaran yang aku terpaksa hadap sebelum dapat graduat. Seriously. Pernah juga terpikir aku nak give up sebab aku rasa down sangat, aku rasa susah sangat and aku rasa aku tak boleh nak carry on lagi course aku ni. Untuk pengetahuan, aku ambik course Cinematography aka Film Studies. Some people might say...


"Ala course filem ja pun. Buat filem lepas tu tayang lah. Duit dapat berkepuk."

"Ala course filem boleh lah score. No need memorized all the fact etc."


Apa yang aku boleh cakap untuk orang yang ada mind set macam ni is Indah Khabar dari Rupa. Ya, course ni bukan senang nak score. Siapa cakap kami tak belajar fact? Of course ada. Ingat nak buat filem aci petik jari? No no no. Masa first year, basically kami ada several subject which is introduce subject for filmmaking. Basic. Fact. Like Script Writing, Directing, Editing, History etc. On second year, kami belajar practical in filmmaking. Which is a little bit complicated like Lighting (Bacaan lighting luar and dalam studio), Camera Techniques, Producing film including Budget & Marketing and so on. Also, during our second year ni lah apa yang dipelajari masa first year akan diapply. During final year, semua yang dipelajari akan diapply untuk FYP (Final Year Project) + Thesis


Of course, subject wajib fakulti dan universiti akan termasuk. Minimum credit untuk aku graduate ialah 120 credit. Tapi aku ambik extra sebab subject elektif aku dapat B-. So aku graduate dengan 123 credit. Tips aku bagi student yang baru masuk/akan masuk university, masa korang first year, apply extra credit dekat fakulti, ambik subject wajib university/fakulti dulu. Sebab bila kau dah masuk second year, kau akan rasa pack nak mampos jadual kau tambah- tambah kalau yang pack tu subject wajib untuk semester tu. Selalunya masa first year tak berat lagi subject and syllabus korang. So better awal kan.

Aku nak cerita sikit lah pasal journey aku masa final year. Masa aku semester 5, untuk subject Final Year Project 1, kami akan focus untuk thesis dulu. Jangan ingat senang-senang supervisor kau nak approve research topic kau. Kalau dia rasa tak menarik dia cakap awal-awal. Untuk student film/arts, agak susah untuk cari research topic. Ya, research topic aku diREJECT sebanyak 6 kali. Ya 6 KALI. Kali ketujuh aku present baru supervisor aku approve. Tu pun dia suggest untuk aku twist sikit research topic aku. Tiap kali present supervisor aku akan cakap...


"Nisa topic ni dah common"

"Nisa topic ni tak menarik. Macam mana orang nak baca thesis kamu?"

"Nisa... blablablabbla"


Zapppp ! Aku rasa down doh time tu. Kau berhempas pulas tak tidur cari reference untuk present which is kena siapkan chapter one but at the end kena reject. Nangis-nangis aku call ummi cakap takleh brain dah nak cari research topic. But, one day masa aku present, supervisors aku bagi suggestion untuk aku twist sikit. Dia tanya..


"Nisa, kamu boleh buat ke tak tajuk ni?"

"Saya rasa saya boleh carry kot topic ni Sir, Miss. Hahaha" *separa confident*

"Macam tak boleh ja. Kalau tak boleh carry, tukar topic lain."


Masa ni aku macam ah aku tak larat dah nak brainstorm cari topic baru. Kalau Sir dengan Miss yang bagi suggestion it might be good for me. They trust me. And aku cakap..


"Saya boleh carry on sir, miss." *100% confident*


And alhamdulillah aku dapat supervisor yang sangatlah professional, yang sangat murah untuk bagi tunjuk ajar and pendapat untuk aku siapkan Thesis aku. So yeah, bulan 8 hari tu aku check result yang aku akan bergraduat hujung bulan ni. Aku plan nak cari part time lepas ni. Agak bosan duduk dekat rumah sementara result untuk aku sambung master keluar bulan 12 nanti. Btw aku dapat offer untuk sambung master di UNIMAS tapi lepas bincang dengan parents aku, aku decide nak sambung master dekat UUM ja. 



So thats all for tonight. Next post aku akan cerita lebih detail course ni.  Selamat malam 





Nisa Lee

15.10.2018




















Comments

Popular posts from this blog

Al Fatihah buat Arwah Tok Wan

Big Galley's Cafe Review

Alhamdulillah !