Al Fatihah buat Arwah Tok Wan


Tanggal 1 September 2015 , pada pukul 7.56pm , perginya insan tersayang menghadap ilahi . Al fatihah buat arwah tokwan . Semoga roh tokwan dicucuri rahmat dan berada dalam kalangan orang yang beriman . Aminn.


Flight aku ke Kuching pada Sabtu 29/8/2015 petang . Malam khamis sebelum tu , masa aku tengah susun-susun dokumen untuk register ke UNIMAS 1Sept tu , ayah yang baru balik dari patrol kawasan taman tegur aku di ruang tamu. "Besok awal pagi kita balik rumah tokwan dulu okey? Kakak kena jumpa tok and tokwan dulu sebelum fly ke Kuching sabtu nie." . And aku pun cakap "Okey.Nak tido sana ke camna?". "Petang/lepas maghrib kita balik mai alor setar". Esok paginya dalam pukul 9 pagi kami bertolak balik kampung. Singgah pasar basah beli barang basah untuk lunch. Beli ayam,sotong,sayur,ikan etc. Sampai kampung almost 11.30am . Lepas salin baju , terus ke dapur untuk masak . Dekat kampung , memang dah jadi kebiasaan untuk kami semua masak awal . Kalau aku kat alor setar pukul 12 tengahari baru terhegeh-hegeh nak masak . Masa kat dapur aku tanya tok "Tok mana tokwan?" . Tok jawap "Tokwan hang tidoq . Dia duk batuk berapa hari dah . Taksat makan ubat tu yang dia tidoq tu."


Takpa lah . Aku,umi and tok masak macam biasa . Sotong goreng sikit , ada sayur tumis(taksilap aku), asam pedas and apa lagi tah . Masa tu tokwan dah bangun . Ayah and Hakim pegi solat jumaat dulu . Lepas solat jumaat baru diorang balik makan tengahari . Masa aku tengah lunch dengan family , aku tengok muka tokwan . Nampak lesu je . Tapi dia senyum je . Masa aku tengah suap nak makan , tokwan cakap "Nampak sedap ja sotong tu...Hehe". Aku tak jadi nak suap . Pastu aku and mummy serentak cakap "Tokwan takleh makan . Nanti gatai . Tokwan kan takboleh makan seafood" . Like seriously , ketara gila muka kecewa tokwan . Tak sampai hati pulak aku . Tapi for his own good . Aku taknak nanti jadi apa-apa dekat tokwan . Tokwan senyum ja sambil cakap "Takpalah tokwan tengok ja dah okey" . But , bila aku teringat time nie , aku jadi sebak gila . Rasa kesal sebab tak bagi tokwan makan lauk sotong tu . Tokwan , maafkan kakak ya...


Petang tu masa dah siap-siap nak balik AOR , aku salam peluk cium tok macam biasa . As usual tok akan pesan "Jangan tinggal solat tau , rajin baca al quran , jaga diri kat tempat orang okey . Mengaji rajin-rajin ." . Aku mengangguk . Lepas tu aku ke arah tokwan yang duduk di kerusi meja makan . Lepas salam ja tokwan macam biasa genggam tangan aku lama . Dia pesan "Mengaji rajin-rajin tau. Buat ummi and ayah bangga . Jd role model untuk adik-adik. Jaga diri kat tempat orang. Solat and alquran jangan tinggal okey?" . Aku angguk kepala . Lepas tu tokwan beri aku duit poket . "Eh duit apa lagi nie tokwan?Hari tu chaq dah bagi dah la" . "Takpa . Tu duit tok bagi . Yang nie tokwan bagi." Sambil senyum . Aku gelakkan aja . Tokwan macam biasa suka tumbuk perut cucu-cucu dia lepas bersalaman . Sepanjang hari tu tokwan senyum ja . Rindu nak tengok senyuman and gelak tawa tokwan selepas nie . Tapi aku tahu , itu semua dah tak ada .. Masa dah dalam kereta tokwan hantar kami semua sampai depan pintu rumah . I can see his happy face . His smile when waving his hand at us . Ya Allah . Sungguh aku rindu padanya..


Sabtu tu , masa kami di airport Penang , maksu bagitau yang tok asyik call dia tanya "Kakak(mummy) hang sampai dak lagi?" "Kakak hang berlepas dak lagi?" "Depa dah sampai kuching ke belum?" . But we all know , bukan tok yang tanya . Tapi tokwan yang tanya . Sampai macam tu sekali tokwan risaukan kami semua . :') . Tak salah aku 31Ogos , malam tu maksu aku cakap dekat group whatsapp family yang tokwan tak sihat . Dia and mak chaq rushing balik kampung. Mummy call tok lepas tu . Tok cakap tokwan batuk sikit . On 1Sept , lepas settle register and check in apartment , aku keluar lunch dengan family untuk kali terakhir before family balik semenanjung. Like seriously masa tu hati aku ni tengah gundah . Makan tak lalu . Tak lapar . Risaukan something yang aku sendiri tak pasti . Ralatnya aku masa tu bila aku tak call tok langsung . Maafkan kakak tok , tokwan . Lepas makan semua , diorang hantar aku balik ke UNIMAS . Kemas katil and loker kejap . Lepas tu mummy cakap dia dah nak gerak balik Kuching. Sebak memang sebak . Ini kali pertama aku duduk jauh . Before this dekat Changloon ja . Memang tak kesah sebab tiap-tiap bulan aku balik AOR. Memang drama Neng Yatimah laa . Nangis peluk mummy and ayah . Diorang pesan itu ini . Sedih je tengok Van yang family naik tu keluar dari kawasan apartment . 


Masuk je bilik aku sambung kemas loker . Aku off data sebab nak charge phone . Ralit kemas sampai aku terlupa nak on balik data . Malam tu ada perjumpaan kejap dengan abang-abang and akak-akak LO . Masa tu dalam pukul 9/10 lebih rasanya mummy call . Aku angkat call cakap bisik-bisik je . Mummy cakap nanti dia call . Masa on the way balik ke bilik tu , aku on data tapi tak sempat baca semua mesej . Sampai je bilik aku bukak mesej dari mummy dulu . Lepas je baca terus terjelopok jatuh . Menangis tu takyah cerita laa . Memang lencun dengan air mata dah . Macam tak percaya ja apa yang aku baca . Terus call mummy . Once mummy dah jawap memang nangis terus aku . Tak boleh nak stop . Aku tahu mummy pun still terkejut dengan berita tu . Lagi-lagi kami still di Kuching masa tu . Memang aku kalau dapat balik memang nak fly balik dah ASAP . Tapi aku tahu aku tak boleh . Semua kaum kerabat was like "Takyah balik nah kakak. Kakak dah jumpa dah arwah sebelum ke sana kan? Jangan lupa recite al fatihah and yassin buat arwah tokwan" Sedih sangat . Tak dapat tengok arwah buat kali terakhir . Lepas tu aku bagitau kawan-kawan . Semua macam terkejut . Aku PM Xera . Memang aku perlukan someone untuk aku bercakap . Cuma by whatsapp masa tu sebab aku nangis tak boleh nak stop . Xera tak berhenti support aku . Thanks a lot bae . Satu je ayat yang aku rasa dia betul-betul faham aku . "Hang kena kuat . Arwah tak suka tengok hang mental breakdown macam nie . Tak kesian kat arwah ke? Kalau hang tak balik tengok arwah pun dah macam nak hilang punca , kalau hang balik aku rasa hang pitam dah nie. Ada hikmah weh . Hang cakap hang xsuka tengok arwah sakit kan? Ni Allah dah hilangkan segala sakit yang arwah ada . Nanti kita pun pergi hadap Allah jugak . Cuma masa yang tentukan ."


Lepas je dah okey sikit aku ambil wudhuk solat dua rakaat lepas tu aku baca yassin . Roommate aku pun diam je . Dia tahu aku tengah sedih pisah dengan family lepas tu dapat tahu pulak pasal arwah tokwan . Aku tak kisah cuma aku perlukan masa nak biasa dengan keadaan baru . Malam tu aku tidur dengan air mata . Subuh je bangun mandi and solat again aku baca yassin sambil nangis . Lepas ja tu , aku berteleku sekejap . Muhasabah diri . Ambil balik kekuatan diri . Call mummy kejap tanya dia kat mana bagai . Flight diorang pagi 2sept . Macam biasa dengar suara mummy , terus nangis . Lepas tu baru call maksu nak cakap dengan tok . Ya Allah memang cenggeng habis aku . Nangis je kerja. Suara tok pun time tu nangis . Pilu gila hati nie . Nak je balik sana . Lepas tu aku call Xera pulak . Dengar je aku nangis-nangis sambil cerita . Lepas tu dia suruh aku ke mall beli apa-apa yang tak cukup . At least boleh hilangkan tension and sedih aku sikit . Aku keluar ke mall dengan kawan-kawan group di whatsapp and Kak Bella jiran bilik satu apartment . Hilang laa sikit sedih tu . Tapi still lagi sedih . But much better than yesterday laa . 


Lepas nie dah takde orang nak rebut kuih makmur dengan aku . Berebut lauk . Bergelak tawa . Mesti nanti rumah kat kampung tu sunyi tanpa tokwan . Always missing you tokwan . Kakak janji dengan tokwan yang kakak akan buat yang terbaik demi tokwan . I'm going to make you proud of me . In Shaa Allah . Tokwan tunggu kami semua kat sana okey? Kat sana tokwan ada Paklong , Tok Nek and cucu tokwan kat sana . In Shaa Allah everyday kakak akan recite yassin and al fatihah buat tokwan . I love you tokwan . You are the best grandpa in the world . Al fatihah buat tokwan tersayang...




Screenshot dari facebook maksu . (T_T)

Wefie terakhir maksu dengan tokwan masa aidilfitri haritu .
Alfatihah buat tokwan tersayang...

Screenshot dari facebook mummy . Sedih masa baca kaum kerabat post pemergian arwah..


Al fatihah buat tokwan , kakak love you a lot . :')

Comments

Popular posts from this blog

Big Galley's Cafe Review

Alhamdulillah !